I wanna die!
was posted at 05:16 with 0 comments
Assalamualaikum and hello,


isolated...


Aku tak nafikan yang kita semua masing-masing mempunyai rasa yang sama iaitu stress. Samaada stress terhadap sesuatu masalah atau pun benda lain. Sampai mana tahap stress korang?

Aku?

Nak kata aku ni sentiasa senang tak jugak. Biasalah bila dugaan datang tu bila nya Allah nak tengok tahap kesabaran kita sampai mana, atau pun kita redha ke tak untuk terima dugaan yang dia nak bagi tu. Bagi aku, benda sebegini dah biasa. Kadang-kadang kalau aku boleh luahkan, aku luah. Biarpun dengan air mata, selesa rasanya selepas tu. Kadang-kadang aku lepas dengan cara marah atau pun diam tak bercakap dan termenung tengok dinding atau siling. Hilang idea apa aku nak buat dimasa depan. Life masih lagi tak stable even tho gaji dah taraf kerja dah pun bertukar. Datang mana stress tu pun aku tak tahu. Tiada punca.

Masalah datang bertubi-tubi. Mungkin di Atas inginkan aku kembali bersujud. Ye aku mengaku memang dah lama aku tak dirikan solat dan berdoa. Semakin hari aku rasa pintu rezeki makin susah nak tembus. Ye aku sedar hakikat tu. Mungkin itu ada KUNCI untuk segala pintu rezeki aku. Siapa tahu?

Sebagai contoh, harini aku beria dah nak booking ticket flight sebab nak balik Sarawak bulan 12 ni. Bila bukak Maybank2u ja, hancur punah berkecai hati aku tengok amount balance dah berkurang. Daripada 200 tinggal 60 lebih sahaja. Tengok-tengok dah kena potong dengan Prudential. Dalam hati aku berkata ' Kenapa sekarang baru nak potong, kenapa tak tunggu gaji, walhal aku dah inform dah kata tunggu gaji baru la potong'

Sekarang tengok?

Terkapai-kapai mintak tolong orang sini sana nak cover balik duit ticket tu. kalau aku tak beli sekarang takut nanti harga makin melonjak naik. Aku jadi takde semangat nak balik and even fikir pasal Sarawak pun. Aku cuba tahan sabar. Ada hikmah barangkali semua ni berlaku.

Atleast, aku boleh luahkan dekat sini perihal kisah aku harini. Apepun, doakan sahaja agar semuanya dipermudahkan :')





Masalah dunia masalah peribadi.
was posted at 21:12 with 0 comments
Assalamualaikum and hello,

Untitled

Cinta & masalah memang tak boleh dipisahkan. Tiap hari ada je benda yang tak kena tak berkenan di hati itu salah ini salah. Semua ni terpulang pada kita sendiri macam mana nak uruskan or kawal semua yang ada di sekeliling kita. Macam aku ni, kalau dah tak boleh nak kawal aku mengamuk je. Sesetengah terus beristigfar. Salah satu jenis aku ni tak boleh nak terima tekanan. Kalau ada je tekanan memang aku rasa nak separuh daripada keadaan sekeliling aku hancur. Sebab tu aku takut sangat bila aku terlepas kawalan marah aku. People can you please understand will ya?

Tambah-tambah bila datang msalah tentang cinta hubungan dan kasih sayang ni memang heart broke gila-gila la habaq hang. Datang pulak bab cemburu mencemburui antara masing-masing ni, datang pulak perasaan tak nak percaya dekat orang, bagi aku semua ni betul-betul menyakitkan hati. Buat apa bercinta kalau takda sikap percaya- mempercayai sesama pasangan masing-masing. I've told ya i've been through this before. 

Kalau nak kata pasangan tak reti nak faham diri sendiri ni pun masalah jugak. Still dia nak cari kesalahan kita and bubuh semua benda atas kepala kita. Entah dia jela yang betul perfect tak pernah buat salah. Cuba kantoi sekali tengok ketar ke tak. Harapkan manusia nak faham kita la sangat. Memang sampai bila-bila orang takkan pernah faham isi hati kita lepas tu fikir nak jaga perasaan kita walaupun kita dah bagi separuh komitmen kita dekat dia. Mana rasa kesyukuran tu? 

Aku nak kata aku ni baik sangat tak la jugak mesti ada yang kurang bagai sebab selagi yang nama nya manusia ni memang takkan ada yang sempurna so agak-agak la kan nak berlagak macam diri tu sempurna sangat. Cuba give and take, tak susah pun rasanya.

Aku ni nak bernikah dah tak lama lagi, dan rasa nya daripada sekarang aku kena mulakan perbaiki apa yang patut supaya takkan ada masalah di masa depan. Hmm doakan jela, 

Si dia kuat cemburu? What todo? :'(


Kawan.
was posted at 05:28 with 0 comments
Assalamualaikum and hello,

Sembang pasal kawan ni, ada bermacam jenis kawan kita jumpa. Dan aku rasa ramai yang punyai kawan dengan berbagai ragam dan rupa. Nak kata best friend forever pun tak jugak sebab dekat pertengahan tu confirm ada benda yang kacau bond tu. Okay la aku nak list out pengalaman aku. So ini dia hahaha;


  • Pernah dapat kawan yang kalau dia bahan kita sampai tak ingat dunia tapi bila bab kita bahan dia merajuk sentap kaw kawww, orang macam ni apa korang nak buat? Pergi mampus.
  • Ada tak kawan yang jenis bila nak guna/pinjam barang kita, kita still boleh bagi tanpa bagi satu syarat apa benda pun dekat dia tapi bila part dia, macam-macam pesanan kita terima. Sesetengah dia kedekut pun ada. Nak benda dia seorang ja. Apa pulak pendapat korang tentang jenis ni? Heran pulak aku.
  • Dapat kawan jenis bermuka-muka berlagak suci padahal kita dan dia sendiri tahu diri dia tu macam mana tapi bila bab kita dia kondem kita kaw kaw macam dia perfect gila gituuww, ade? Best friend don't judge remember?
  • Ada jenis kawan yang cemburu dengan kebahagiaan kesenangan kita sampai tak senang duduk. Ade je benda yang nak bagi kita susah or bagi kita rasa tak bahagia? Terjun laut lagi bagus.
  • Ade pulak jenis kawan yang rasanya bila bab pertolongan dia nak kita bagi lebih tapi dia satu habuk pun tk pernah nak hulur. Mesti ada punya lah, kan? Jangan harap next time aku nak tolong. 
Banyak lagi kan, aku rasa tak perlu kot aku list out dalam ni korang memang ada banyak list. Berkawan la serapat mana pun mesti akan ada jurang. Itu bukan kawan namanya tapi MUSIBAT. Bagi aku sekarang better jela aku ada kawan seorang ke dua orang ke tak payah ramai-ramai kalau satu pun tak boleh pakai. 


Untitled



After long gone.
was posted at 06:15 with 0 comments
Assalamualaikum and hello,

Dah lama menghilang bukan? By the way rindu blog aku sangat-sangat. Maklumla kehidupan aku dah banyak berubah berbanding dulu. Dulu masih punya masa untuk menghadap pc/laptop dengan internet yang masih cool. Sekarang masa aku banyak dihabiskan di tempat kerja tanpa ada kesempatan nak ber 'dating' dengan blog dah. Kalau dulu entry aku banyak mengenai cinta dan perihal kehidupan seharian aku, sekarang aku nak ketengahkan entry lebih kurang tentang hidup, mungkin ada juga terselit pasal diri aku sedikit. Sikit je! Hehe.

Okay dipendekkan cerita, aku masih lagi kekal berada di Penang, pulau mutiara. Rakan-rakan seperjuangan di masa sekolah dan juga zaman kolej dah banyak yang buat haluan sendiri. Ada yang dah berkahwin dan dan beranak-pinak. Aku? Masih lagi tergapai berusaha keras mencari sesuap nasi untuk masa depan diri dan juga family.

Lepas berhenti kerja sebagai perunding kewangan under Allianz Group Insurance, aku telah bekerja di butik baju Nichii Fashion dalam Queensbay Mall sebagai retail assistant selama 3 bulan lebih sebelum melangkah ke alam pekerjaan baru sebagai receptionist dan juga baby therapist di sebuah centre baby spa juga didalam Queensbay Mall secara rasminya pada 1/10/2014. Nasib la pekerjaan ni merupakan pekerjaan yang mempunyai kaitan dengan transkrip aku iaitu Diploma in Physiotherapy sebab kebanyakkan yang bekerja dekat sini adalah daripada lepasan Physio daripada lain-lain universiti. Alhamdulillah!

Cinta? Urm bersendirian agak lama juga sebelum bertemu dengan kekasih hati yang baru sekarang ni. Well, dalam pada masa single tu macam-macam jugak la 'sakit' yang aku terpaksa lalui. Betul kata orang susah jugak nak lupa kekasih pertama tapi aku tanam azam dan niat aku supaya aku dapat lupakan and buang yang 'lama' dari hidup aku. Dia dah pun menemui kebahagiaan dalam hidup dia. So why not aku pun begitu. Hehe.

Okay kita bukak cerita pasal lelaki yang sekarang yang dah jadi kekasih hati aku sepenuhnya. Datang dalam hidup aku sebagai kawan, tapi lama-lama kami bertukar status dari kawan kepada kekasih. Alhamdulillah sampai sekarang dah masuk 3 bulan kami bersama, macam-macam jugak la dugaan yang aku lalui. Sedih senang gembira semuanya kami berdua alami sama-sama. Susah senang apatah lagi.  Tapi takpe, pelan-pelan. Sebab orang cakap nak bina rasa percaya tu perlukan masa. Lagi satu, masa sekarang ni la kita nak belajar kenal perangai pasangan. Dan selama aku mengenali dia, aku lebih banyak belajar tentang sikap dia dan terima baik buruk dia. Sabar dan setia pegangan aku untuk kekalkan hubungan ni. Dan inshallah, jika mempunyai umur yang panjang, aku akan jadikan dia sebagai imam ku :)

Doakan ya.

Kawan-kawan? Ada yang datang dan pergi. Aku perlu terima situasi tu sebab dah lumrah yang nama nya kawan ni memang akan datang dan pergi kecuali la sahabat. Bagi aku, sahabat yang setia hanya ada 1 dalam seribu. Dan selama ni susah senang aku hanya dikongsi bersama gadis ni: Goldie Misha Gobi (GMG). Dia la yang bising bila aku buat salah dia juga gelak bila aku gelak dia jugak yang sedih bila aku sedih. Syukur sangat-sangat! Aku harap kami akan kekal bersama dan masing-masing takkan lupa diri antara satu sama lain.

Okay then, entri akan datang aku sambung topik lain okay? Goodbye.