After long gone.
was posted at 06:15 with 0 comments
Assalamualaikum and hello,

Dah lama menghilang bukan? By the way rindu blog aku sangat-sangat. Maklumla kehidupan aku dah banyak berubah berbanding dulu. Dulu masih punya masa untuk menghadap pc/laptop dengan internet yang masih cool. Sekarang masa aku banyak dihabiskan di tempat kerja tanpa ada kesempatan nak ber 'dating' dengan blog dah. Kalau dulu entry aku banyak mengenai cinta dan perihal kehidupan seharian aku, sekarang aku nak ketengahkan entry lebih kurang tentang hidup, mungkin ada juga terselit pasal diri aku sedikit. Sikit je! Hehe.

Okay dipendekkan cerita, aku masih lagi kekal berada di Penang, pulau mutiara. Rakan-rakan seperjuangan di masa sekolah dan juga zaman kolej dah banyak yang buat haluan sendiri. Ada yang dah berkahwin dan dan beranak-pinak. Aku? Masih lagi tergapai berusaha keras mencari sesuap nasi untuk masa depan diri dan juga family.

Lepas berhenti kerja sebagai perunding kewangan under Allianz Group Insurance, aku telah bekerja di butik baju Nichii Fashion dalam Queensbay Mall sebagai retail assistant selama 3 bulan lebih sebelum melangkah ke alam pekerjaan baru sebagai receptionist dan juga baby therapist di sebuah centre baby spa juga didalam Queensbay Mall secara rasminya pada 1/10/2014. Nasib la pekerjaan ni merupakan pekerjaan yang mempunyai kaitan dengan transkrip aku iaitu Diploma in Physiotherapy sebab kebanyakkan yang bekerja dekat sini adalah daripada lepasan Physio daripada lain-lain universiti. Alhamdulillah!

Cinta? Urm bersendirian agak lama juga sebelum bertemu dengan kekasih hati yang baru sekarang ni. Well, dalam pada masa single tu macam-macam jugak la 'sakit' yang aku terpaksa lalui. Betul kata orang susah jugak nak lupa kekasih pertama tapi aku tanam azam dan niat aku supaya aku dapat lupakan and buang yang 'lama' dari hidup aku. Dia dah pun menemui kebahagiaan dalam hidup dia. So why not aku pun begitu. Hehe.

Okay kita bukak cerita pasal lelaki yang sekarang yang dah jadi kekasih hati aku sepenuhnya. Datang dalam hidup aku sebagai kawan, tapi lama-lama kami bertukar status dari kawan kepada kekasih. Alhamdulillah sampai sekarang dah masuk 3 bulan kami bersama, macam-macam jugak la dugaan yang aku lalui. Sedih senang gembira semuanya kami berdua alami sama-sama. Susah senang apatah lagi.  Tapi takpe, pelan-pelan. Sebab orang cakap nak bina rasa percaya tu perlukan masa. Lagi satu, masa sekarang ni la kita nak belajar kenal perangai pasangan. Dan selama aku mengenali dia, aku lebih banyak belajar tentang sikap dia dan terima baik buruk dia. Sabar dan setia pegangan aku untuk kekalkan hubungan ni. Dan inshallah, jika mempunyai umur yang panjang, aku akan jadikan dia sebagai imam ku :)

Doakan ya.

Kawan-kawan? Ada yang datang dan pergi. Aku perlu terima situasi tu sebab dah lumrah yang nama nya kawan ni memang akan datang dan pergi kecuali la sahabat. Bagi aku, sahabat yang setia hanya ada 1 dalam seribu. Dan selama ni susah senang aku hanya dikongsi bersama gadis ni: Goldie Misha Gobi (GMG). Dia la yang bising bila aku buat salah dia juga gelak bila aku gelak dia jugak yang sedih bila aku sedih. Syukur sangat-sangat! Aku harap kami akan kekal bersama dan masing-masing takkan lupa diri antara satu sama lain.

Okay then, entri akan datang aku sambung topik lain okay? Goodbye.